Wednesday, April 15, 2015
Perkahwinan Kakak Ku....
(Kelakar.. Dah lama dah aku menaip cite ttg wedding kakak aku ni. Br ni aku nak pos)
Hmmm..... Finally kakak aku kawin juga .Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.Selamat datang kepada anggota baru dalam family kami iaitu abang Ajid.Aku tak sangka kawan kakak aku yang selalu aku suke sakat jadi abang ipar aku!Adush!!Mane taknyer tiap kali datang umah mak aku especially time raye dia selalu wat "kerek" dia!Mana tak aku sakat sampai teruk!!hahaha....tp tu sume akan jadi sejarah dan memori kami 2 beradik.Masih teringat aku masa diorang berdua ni nk bersama..Diorang berdua ni asyik bergaduh jer!Masa tu lak dalam Hari Raya 3 ke 4 tahun lepas (seingat aku la!), kami dalam perjalanan beraya ke rumah akak Liza.Aku jadi peneman diorang ni.Dalam kete lak aku terpaksa jadi penonton diorang berdua ni berbalah! Sampai umah kak liza pun diorang still bertekak jugak hingga kak liza geleng kepala melihat kerenah kakak dan abang ipar aku tuh!Begitu la keadaan diorang sampai satu ari tu kakak aku kate dia dh terima abang ajid dalam hidup dia.. And then selepas daripada itu diorang bertunang dan akhirnya abang ajid sah jadi abang ipar aku.Moral of this story, jangan suke bergaduh dengan orang ...Mane la tau orang tu akan jadi pasangan kite!Hahahahahaha.....Masa hari perkahwinan kakak aku , jenuh aku nak menjawab soalan sume sedara mara aku.Ape tak nyer kakak aku dah kawin aku biler lagi???Aku ape lagi, mestilah aku tepis ke kakak2 aku yang belum kawin!Hahahah...Alasan aku satu jer tak nak langkah bendul!Hahahaha.....Tp bagi aku soal jodoh .... aku hanya berserah pada Allah. Aku redha atas apa yang tertulis untuk aku kerana aku yakin Allah lebih Mengetahui perjalanan hidup aku dan aku juga tau Dia sentiasa memberi yang terbaik kepada hamba2nyer seperti aku....Buat Cik Awa Thank for being my wonderful sister. Mmg la pada permulaan aku cukup berat nk melepaskan kau pergi ke alam baru kau. Tp aku yakin ada hikmah disebalik semua ini. Mulai dari detik ini aku lepaskan kau seperti mana kau lepaskan aku dan kau juga tak pernah halang ape yang aku hendak lakukan selama ini. Kau sentiasa bersama aku ketika aku perlukan kau. "SELAMAT PENGANTIN BARU"kak! Aku sentiasa mendoakan semoga kebahagiaan sentiasa milikk kau dan abang Ajid. Buat sume yang baca blog ni, nasihat aku cepat2 la kawin sebelum kita di bebelkan!(p/s:hanya untuk org belum kawin sj!)Kalu tidak jadi macam aku hahahahhaha.... Apepun ni gambar masa wedding kakak aku tu.Jgn luper tengok k?Jumpa di waktu yang lain...Semua anda semua di dalam rahmat Allah.Assalamualaikum.... =)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment