3.28 pg.. Aku tak tau knp mata aku ni tak dapat tido..
entah npe kali ni lagu jika kau kekasih ni menusuk2 ati aku..
lantaran itu, ia membuatkn aku teringat kisah silam aku bersama dgn ex aku..
Aku cuba jadi yang terbaik untuk dia.. tetapi siapala aku untuk melawan kehendak takdir..
Dr awal perkenalanku dgn dia adalah sesuatu yg tak dijangka..Dan aku tak sangka akhirnya kami dpt bersama sebagai sepasang kekasih..
Pada waktu itu, kebahagiaan adalah milikku..
Segala2 kegembiraanku hanyalah bersama dengan lelaki itu...
Dia adalah lelaki yang paling sesuai untukku..
Dia lelaki yg bg ku adalah sempurna untuk menjadi pasangan ku..
Tetapi kenapa setelah beberapa ketika..
aku mula sedar dia memiliki sifat cemburu yg pling tinggi yg kadang kala boleh membahayakan diriku..
Tetapi entah kenapa hati ini msih lg blh bertahan sehingga 9 tahun..
setiap kali dia membuat perangai setiap kali itu la hati aku makin terluka..
Luka yang aku tanggung ini semakin lama semakin dalam...tetapi kerana rasa sayang yang mendalam itu membuatkan aku buta dan sanggup untuk memendam dan membiarkan parut dan luka itu makin terobek,mendalam dan bernanah...
Demi memperjuangkan kasih sayang aku padanya aku sanggup lakukan segala2nyer dan berkorban meskipun aku tau aku akan melukakan hati banyak pihak...
Tetapi sayang..
Perjuangan aku itu, hanya lah sia2 sj..
Aku mula menjeruk rase...
Dimana dia waktu aku memerlukan dia?
dimana dia di waktu aku kehilangan ibuku yang tersayang?
dimana dia diwaktu aku pengsan ketika menahan sakit?
segala2nya aku bersendirian...
Dan dia...
ketika dia perlukan aku...
ketika dia perlukan sokongan dan tiupan semangat ku..
dan ketika dia perlu bahu untuk disandarkan
dan ketika dia memerlukan teman utk menangis..
dengan senang dia dpt bersama dgnku...
Kdg kala aku terpikir siapa aku padanya..
Apa guna wang ringgit kalu aku dia abaikan..
Siapa aku sebenarnya pada dia..
Sampai kini aku tak blh terima perbuatan dia menyamar sebagai aku
dan bermesej dgn lelaki lain
Dan aku tak blh terima dia selalu mengintip aku dimana saje aku pergi..
Aku tau perbuatan dia itu..
Tetapi aku msih blh bersabar dan aku masih blh tersenyum menahan hati yang lara...
Sehinggalah pd tahun yg ke 8 kami bersama, aku di kejutkan dengan mesej yg aku baca dr hp tentang dia dgn perempuan lain..
Pada masa itu...
aku tak tau kenapa aku masih boleh ajak dia duduk berhadapan dan berbincang dengan dia...
Pada masa tu hanya tuhan saje yg tau betapa luruhnya hati aku melihat mesej2 dia yang bersayang2an, berindu2an dgn perempuan yang sgt bertuah itu..
Aku msih blh tahan airmata aku dr jatuh..
aku masih blh senyum dan bercakap dengan dia dgn cara yg pling lemah dan lembut..
aku hanya minta dia smbg dgn perempuan tu dan tinggalkan aku..
Tp aku tak sangka dia pelok n sanggup cium kaki aku dan rayu pada aku jgn tgglkn dia..
pd ms tu aku rs hati aku hancur luluh...
air mata yang aku tahan selama bersama dgn dia selama ini jatuh berlinangan...
airmata seorang perempuan yg dh terlalu lemah untuk menerima bebanan perasaan yg
sgt mendalam...
dan entah knp aku msh blh memaafkn dia dan menerima dia utk kesekian kalinyer...
Dan akhirnya pada bln 5, beberapa hari sebelum hari lahirku tahun ini..
Aku secara rasminya berpisahnya dgnnye..
Aku pasrah dgn segala2nyer...
Ketika perpisahan itu terjadi..
Aku sedikit pun x mengeluarkan airmata..
mungkin airmata aku dh kering dan hati aku dah tiada perasaan lagi..
Selepas perpisahn itu...
Aku mkin kuat dan aku mula dpt merasakan kebebasan yg selama ini dia pegang..
Aku mula melangkah dengan penuh berani, yakin dan cekal...
Bagi aku kini...
Dah tiada ape lg yg harus aku takuti dan tiada ape lagi yg aku harus tangisi..
Kerana bg aku, aku tlh melalui saat yg pling getir dlm hidup aku
bg aku saat yg pling getir dlm hidup aku adalah ketika pemergian ibuku bertemu dgn Nya...
Jika dia pikir aku tak blh hidup tanpanyer
Dia silap
Dan aku tau dia tau aku bknlah wanita yg lemah
Krn dia tau aku akan bangkit dr semua ni..
Dan sehinggalah sekarang dia masih mencariku...
Dan masih mahu aku kembali kepadanye..
Mengapa manusia tak pernah nk menghargai org yg berada di hadapan mata?
Apabila org di hadapan mata itu pergi...
Baru lah dia sedari bahawa itulah org yang paling bermakna dlm hidupnya...
tetapi sayang... hati ini dh cukup berparut dan terluka..
Tetapi..
Sebagai manusia biasa kdg kala aku tak dpt lari dr mengingati dia...
Oh Tuhan kau kuatkan lah hati aku
Semacam mane ko beri aku kekuatan untuk menerima ibuku pergi menghadap Mu..
Sehingga skrg airmata aku ini terlalu mahal utk dia..
Aku hanya berharap semua ni akan berlalu dengan pantas..
Dan hati aku akan terubat seiring dgn masa yang berlalu...
Alyah - Tak Mungkin Kerna Sayang
Setiba di persimpangan,
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
KAU TELAH JAUH, JAUH DARIKU
TIADA RUANG DI HATI BUATMU
NAMUN HARUSKU AKUI
ADA KETIKA DI MINDA KAU MENJELMA KEMBALI
Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Saturday, August 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment