Hidup tak slalunya bahagia...
Langit tak slalunya cerah...
Begitu juga dengan persahabatan...
Adakala kite bersama dan adakala kite bertelingkah.
Memang lumrah kehidupan di dunia...
Pabila kite berbuat baik dengan kawan,
Tanpa disedari kite di tikam dari belakang...
Dikhianati tanpa sebab dan musabab..
Di hadapan kita, kawan berkata seolah2 dia yg paling memahami kite.
Rupa2nyer di dalam diam ada agenda yg dijalankan terselit disebaliknya.
Mengapa semua ini harus berlaku?
Mengapa perlu ada dengki di hati?
Mengapa tidak rasa dengki itu di tukarkan dengan semangat ingin bersaing secara adil dan saksama
Tanpa ada busuk di hati..
Tanpa ada rasa ingin menjatuhkan kawan..
Mengapa aku perlu berhadapan dengan manusia ini?
Mengapa bila aku dipinggirkan pelbagai tohmahan dan makian yang dilemparkan?
Mengapa setelah itu... pabila kawan dipinggirkan barulah aku dipandang,
barulah aku di cari ....
Aku hanya tempat pengganti dan tempat mengisi kekosongan hati setelah kawan dah tiada kawan...
Aku hanya digunakan pabila diri terhimpit dengan kesusahan yang dibina oleh kawan sendiri...
Jika kau senyum ku gembira, jika kau sedih ku menangis...
Dimana kau letakkan aku kawan ketika kau berseronok dengan kawan2 yang lain?
Dan dimana aku kawan ketika kau dikelilingi kawan2 mu?
Kadangkala dalam ingin memperjuangkan sebuah persahabatan aku sanggup mengenepikan semua yg tersayang hanya ingin melakukan yg terbaik untuk si kawan...
Tetapi malangnya segala pengorbanan itu sia2 belaka..
Tidak cukupkah dgn itu mengapa aku dijadikan sasaran untuk melunaskan rasa iri hati dan cemburu yang terbuku di dlm dada???
Sakit, kecewa, tersinggung dan terluka....
Hanyalah Tuhan saja bisa menentukan semua kesabaran aku menghadapimu..
Aku tetap memaafkan dan berdoa kau berubah sebelum diri melangkah pergi......
Monday, March 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment